Pages - Menu

Suci Wulandari

Suci Wulandari
Suci Wulandari

Rabu, 29 Desember 2010

DASAR-DASAR TATA WACANA

A. Definisi wacana 
1. KAMUS WEBSTER, 1983 bererti: -Hubungan fikiran dengan kata-kata; ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan; atau percakapan -Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan -Risalah tulisan, disertasi formal; kuliah, ceramah; khutbah.
2. KAMUS DEWAN EDISI BARU 1993 bererti: - Ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan - Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa.
3. STUBBS, MICHAEL: Wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan kata lain, wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti pertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks tertulis. Secara ringkas; yang disebut teks bagi wacana adalah ayat bagi ujaran.
4. ASMAH HAJI OMAR: Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya. 
5. HARIMURTI KRIDALAKSANA: Wacana ialah satuan bahasa terlengkap; dalam hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang mempunyai keutuhan (novel, buku, ensiklopedia, dan sebagainya), paragraf, ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap. 
6. CARLSON : Wacana ialah rentetan ujaran yang berkesinambungan dan gramatis serta tersusun rapi.
7. HENRY GUNTUR TARIGAN: Wacana ialah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yangg mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis. 


1.
Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana.
2.
Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja.
3.
Tingkat-tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat bentuk; manakala wacana merupakan peringkat fungsi.
4.
Kamus Dewan mentakrifkan wacana sebagai:
i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan'
ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen).
5.
Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat.









Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:
a. pendahuluan
b. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)
c. penutup
d. graf, jadual, peta dan statistik.
6.
Ia dapat digambarkan seperti berikut:


Wcana boleh ditulis dalam pelbagai bentukpenulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan.
8.
Wacana mempunyai penanda, juga dikenali sebagai penanda wacana.



Fungsi
Contoh
1. Tambahan
dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping.
2. Urutan
pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya.
3. Penyataan semula
iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan.
4. Contoh
contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai.
5. Rumusan
rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
6. Tempat
berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan.
7. Waktu
apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya.
8. Sebab dan kesan
oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu.
9. Bandingan
seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan.
10. Pertentangan
tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan.
11. Pengesahan
sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya.


B.     Unsur-unsur dan Ciri-ciri wacana
1.Unsur-Unsur Wacana: 
o   Satuan bahasa 
o   Terlengkap / terbesar / tertinggi kedudukannya 
o   Mengatasi ayat / klausa 
o   Teratur / tersusun rapi / rasa koheren (kepautan) 
o   Berkesinambungan (penanda wacana)
o   Rasa kohesi (kesepaduan) 
o   Dalam bentuk lisan / tulisan 
o   Mempunyai permulaan dan penutup 

2. Ciri-Ciri Wacana : 
Ø  Mempunyai koheren (pertautan: ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan lain dan isi dengan isi yang lain)
Ø  mempunyai kohesi (kesepaduan): ketepatan seluruh isi-isi yang dikemukakan fokus kepada tajuk atau isu yang diketengahkan
Ø  mempunyai tujuan bagi menentukan jenis wacana,penggunaan ayat 
Ø  Bermaklumat: tiap-tiap ayat mesti mempunyai maklumat baru yang tidak terdapat dalam ayat sebelumnya 
Ø  Diterima khalayak/audiens: penerimaan tinggi jika pembaca atau pendengar memahami sepenuhnya wacana itu dan mempunyai tujuan yang sama 
Ø  Berlandaskan hubungan: penutur dengan pendengar, penulis dengan pembaca 
Ø  Mempunyai andaian dan inferens: inferens memberikan maklumat baru kepada andaian 
Ø  Mempunyai gaya : bersahaja atau tidak bersahaja, rasmi atau tidak rasmi, mempengaruhi pemilihahan laras bahasa, ayat, penggunaan dialek dll 
Ø  Mesti memasukkan maklumat yang tidak berlawanan dengan logik akal dan tidak bertentangan dengan maklumat yang ada dalam ayat sebelumnya 


Setiap tulisan atau bacaan selalu memiliki karakteristik tersendiri.Entah itu bacaan sastra, ilmiah, atau ilmiah pop. Karakteristik tersebut dilihat dari cara dan tujuan penulis mengekspresikan idenya.

Karakteristik tadi terdiri atas deskripsi, narasi, argumentasi, eksposisi, dan persuasi.

1) Deskripsi adalah lukisan, dalam wacana ini pengarang mengekspresikan idenya dengan cara melukiskan sesuatu sehingga pembaca merasa melihat, mendengar, mencicipi, merasakan, atau mencium sesuatu yang pengarang sampaikan. Dalam wacana ini unsur pancaindria yang dilibatkan.
Contoh wacana deskripsi banyak terdapat dalam karangan fiksi seperti cerpen, atau novel walaupun keberadaan tidak dominan.
Misalnya : Kami duduk di bangku yang berada di bawah pohon beringin rimbun menghijau yang akar-akarnya sudah menjuntai ke tanah menandakan usianya sudah tua. Nyaman sekali kami duduk-duduk di sana ketika matahari terik bulan Mei menerpa. Semilir angin yang membawa keharuman humus membelai-belai rambut dan kulit kami sehinggaenyahlah kepenatan kami.

2) Narasi adalah cerita, dalam wacana ini pengarang mengekspresikan idenya dengan cara menceritakan sesuatu kejadiaan yang dialami tokoh. Dalam wacana ini unsur tokoh atau pelaku peristiwa, kejadian-kejadian atau peristiwa, tempat kejadian, waktu kejadian menjadi ciri yang terpenting.
Contoh wacana narasi banyak dijumpai dalam karya fiksi dan nonfiksi. Dalam karya fiksi seperti cerpen dan novel. dalam karya nonfiksi seperti sejarah, berita, biografi, dan autobiografi.
Misalnya : Saya datang terlambat ke sekolah hari ini karena bangun kesiangan. Tiba di sekolah pukul 7.45, sehingga saya ditegur oleh guru piket. Dan ketika masuk ke ruang Bahasa Inggris saya dilarang masuk karena waktu toleransi untuk yang kesiangan sudah habis.
Berdasarkan contoh di atas kita melihat ada pelaku peristiwa yaitu saya, dan kejadian-kejadiannya adalah datang terlambat ke sekolah, bangun kesiangan, ditegur guru piket, tidak boleh masuk ke ruang Bahasa Inggris, ada tempat kejadian, yaitu rumah, dan sekolah, ada waktu yaitu hari ini, pukul 7.45.

3) Argumentasi adalah pendapat, yaitu jenis karangan yang di dalamnya terdapat pernyataan-pernyataan atau pendapat penulis. Pendapat penulis ini pada umumnya berasal dari hasil pengamatan, kajian, wawancara, penelitian penulis sendiri ataupun orang lain. Agar pendapat tersebut diterima oleh pembaca, penulis menyertakan alasan dan bukti yang dapat berupa data, fakta, atau hasil analisisnya dengan cara melampirkannya dalam tulisan tersebut.
Contoh wacana ini banyak dijumpai pada karya ilmiah, seperti artikel, makalah, skripsi, tesis, dan disertasi.
Misalnya : Maraknya aliran sesat hendaknya membuat kita waspada untuk membentengi diri dengan pemahaman akidah tauhid yang benar. Inti tauhid tidak terlepas dari dua dimensi keimanan: meyakini tiada tuhan selain Allah Swt dan mengikrarkan diri bahwa Nabi Muhammad adalah utusan-Nya.

4) Eksposisi = penjelasan, pemaparan, yaitu jenis karangan dengan sifat dan tujuan menjelaskan atau memaparkan sesuatu kepada pembaca sehingga pembaca mendapat informasi atau pengetahuan baru.


  1. Jenis-jenis Wacana

1. Berdasarkan media penyampaian: wacana lisan dan tulisan 
2. Berdasarkan pengungkapan: wacana langsung dan tidak langsung 
3. Berdasarkan bentuk : wacana prosa, puisi dan dramai

Tidak ada komentar:

Posting Komentar